Karier kelab Yacine_Brahimi

Karier awal

Brahimi dilahirkan di Paris kepada ibu-bapa Algeria dan membesar di pinggir bandar timur Paris di Montreuil, Seine-Saint-Denis.[3] Semasa membesar, dia sering mencontohi Zinedine Zidane semasa bermain bola sepak jalanan dengan kawan-kawannya.[4] Brahimi memulakan karier bola sepaknya dengan bermain untuk kelab tempatan, ASB Montreuil. Selepas empat tahun di sana, dia menyertai CO Vincennois, dikenali kerana menghasilkan pemain Ligue 1, Blaise Matuidi, berdekatan Vincennes. Dua tahun kemudian, Brahimi telah dipilih untuk menghadiri akademi terkenal, akademi Clairefontaine untuk meningkatkan pembangunan beliau. Semasa berlatih di Clairefontaine pada minggu itu, dia kerap bermain untuk Vincennois pada hujung minggu. Semasa tahun akhir di Clairefontaine , Brahimi menghabiskan satu tahun di Camp des Loges, pusat latihan belia Paris Saint-Germain, berlatih bersama-sama rakan sepasukan antarabangsa, Mamadou Sakho.[5] Walaupun dilamar oleh beberapa kelab Perancis dan Eropah, selepas masanya di Clairefontaine, dia menandatangani kontrak calon (belia) dengan Rennes. Pada bulan Oktober 2010, Brahimi berkata sebab dia memilih Rennes sebagai destinainya adalah kerana kelab itu mementingkan pendidikan dan "Ia adalah satu jaminan untuk ibu bapa saya. Mereka menasihati saya supaya memilih Stade Rennes. Dengan cara itu, saya boleh meneruskan latihan bola sepak saya semasa bersedia untuk Baccalauréat".[5]

Rennes

Brahimi menyertai Rennes dan dengan pantas menjadi sebahagian daripada bakat di akademi kelab itu. Dia menyertai Damien Le Tallec, adik Anthony Le Tallec, Yann M'Vila, Yohann Lasimant, Kévin Théophile-Catherine, dan Samuel Souprayen sebagai prospek yang paling dicari kelab. Kombinasi M'Vila, Brahimi, Camara, dan Le Tallec, semua empat anggota itu dari kelas 1990, khususnya memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan belia mereka. Dengan pasukan bawah-16, empat orang itu memenangi Tournoi Carisport, kejohanan kebangsaan yang kerap disertai akademi terbaik di Perancis. Dua musim kemudian dengan pasukan bawah-18, Brahimi memenangi kejuaraan liga di bawah-18 untuk musim 2006-07. Pada tahun 2008, akademi belia itu mencapai kejayaan terbesar selepas memenangi Coupe Gambardella. Gelaran itu adalah Piala Gambardella ketiga Rennes dan yang pertama sejak tahun 2003 apabila orang-orang seperti Yoann Gourcuff dan Sylvain Marveaux telah bermain dalam pertandingan ini. Berikutan musim 2007-08, pada 23 Jun, Brahimi menandatangani kontrak profesional pertamanya bersetuju dengan perjanjian tiga tahun sehingga bulan Jun 2011. [6] Twalaupun mempunyai kontrak profesional, Brahimi tidak diberikan nombor dalam pasukan senior sebaliknya bermain dengan pasukan amatur Championnat de France kelab itu dalam liga divisyen empat, membuat 22 penampilan dan menjaringkan tiga gol untuk membantu kelab itu menduduki tempat pertama dalam kumpulan mereka, sekaligus layak ke play-off pertandingan dimana mereka kalah kepada Lyon dalam perlawanan separuh akhir.[7]

Dipinjamkan ke Clermont

Selepas kejayaan musim dengan pasukan belia Perancis, Rennes memutuskan untuk menghantar pemain muda secara pinjaman supaya mereka dapta menerima masa bermain yang diperlukan. Pada 3 Julai 2009, kelab itu telah mengumumkan bahawa Brahimi akan menyertai kelab Ligue 2, Clermont Foot secara pinjaman untuk semusim.[8] Brahimi tiba di kelab itu susulan Piala UEFA bawah-19 2009, bersama-sama pemain Juventus Carlo Vecchione, dan diberi jersi bernombor 28. Dia membuat penampilan professional pertamanya ketika perlawanan pembukaan musim masuk sebagai pemain gantian ketika kekalahan 2–1 kepada Arles-Avignon.[9] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 25 September menerusi sepakan penalti ketika kemenangan 3–2 ke atas Angers.[10] Brahimi menjaringkan gol pada 4 Disember ketika kemenangan 3–1 Clermont ke atas Bastia.[11] Dua minggu kemudian, dia sekali lagi menjaringkan gol, menerusi sepakan penalti ketika seri 1–1 dengan Guingamp.[12]

Pada 23 Mac 2010, Brahimi menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 Clermont ke atas Ajaccio.[13] Tiga hari kemudian, dia menjaringkan gol dan membuat bantuan gol ketika kemenangan 3–1 ke atas Istres.[14] Sebulan kemudian, Brahimi menjaringkan gol menerusi penalti ketika kemenangan 3–2 ke atas Dijon.[15] Kemenangan ini membawa Clermont ke tangga ke-4 dalam kedudukan liga dan hanya tiga mata daripada tempat promosi. Pada minggu berikutnya, Brahimi teru beraksi cemerlang dengan menjaringkan gol menentang Le Havre. Walau bagaimanapun, perlawanan berakhir dengan kekalahan Clermont 2–1.[16] Ia merupakan kali pertama kelab itu kalah dalam perlawanan yang Brahimi menjaringkan gol. Tiga hari kemudian, Brahimi menjaringkan gol kelapannya dalam kempen ketika kemenangan 3–1 ke atas Guingamp.[17] Kemenangan itu memberikan perlawanan playoff promosi semasa perlawanan hari terakhir musim dan tempat ke-4 Clermont berdepan tempat ke-3 Arles-Avignon. Malangnya buat Clermont, kelab itu gagal dinaikkan pangkat ke Ligue 1 selepas kalah 1–0. Brahimi bermain 89 minit dalam perlawanan itu dan menerima kad kuning.[18]

Kembali ke Rennes

Brahimi selepas perlawanan menentang SM Caen pada bulan Julai 2010

Berikutan musim ini, pada 15 Mei 2010, pengurus Rennes Frédéric Antonetti mengesahkan bahawa Brahimi akan kembali ke pasukan, walaupun mendapat minat dari kelab England, Arsenal dan kelab Sepanyol, Real Madrid, dan bahawa dia akan sangat dipercayai untuk musim 2010-11 berkemungkinan beraksi sebagai perancang menggantikan Jérôme Leroy.[19][20][21][22][23] Pada 7 Ogos 2010, Brahimi membuat kemunculan sulung untuk Rennes ketika perlawanan pembukaan liga menentang Lille. Dia bermain dalam kesebelasan utama dalam perlawanan itu 71 minit dimana perlawanan berkesudahan dengan seri 1–1.[24] Pada hari berikutnya, Rennes mengumumkan bahawa Brahimi telah menandatangani lanjutan kontrak empat tahun dengan kelab itu.[25] Perjanjuan baru itu akan mengekalkannya di kelab itu sehingga bulan Jun 2014.[26]

Pada 14 Ogos 2010, Brahimi menjaringkan gol pertama kariernya untuk kelab itu ketika kemenangan 3–0 ke atas Nancy.[27] Untuk sebahagian daripada musim itu, perancang itu gagal menjaringkan gol atau membuat bantuan gol. Atas sebab itu, Brahimi mula bertukar-tukar dalam kesebelasan utama. Selepas rehat musim sejuk, Brahimi mula menjaringkan gol dan membuat bantuan gol ketika kemenangan 7–0 ke atas kelab Championnat National, Cannes dalam Coupe de France.[28] Seminggu kemudian, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan liga 4–0 ke atas Arles-Avignon.[29] Pada 5 Februari 2011, Brahimi menjaringkan gol ke atas bekas kelab belianya, Paris Saint-Germain.[30]

Granada

Pada 30 Ogos 2012, Brahimi menandatangani secara pinjaman untuk kelab La Liga, Granada CF dengan nilai €700,000, dengan pilihan untuk menandatangani secara tetap dengan nilai €4 juta selepas itu.[31] Pilihan ini telah dibuat pada 4 Jun 2013, apabila dia menandatangani perjanjian empat tahun dengan kelab itu.[32]

Porto

Pada 22 Julai 2014, F.C. Porto mengumumkan perpindahan Brahimi dari Granada CF dengan yuran 6.5 juta dengan kontrak 5 tahun.[33][34][35] Pada 24 Julai 2014 Porto menjual 80% hak ekonominya kepada Doyen Sports dengan nilai €5 juta.[36]

Gol pertamanya untuk kelab datang ketika perlawanan kedua play-off Liga Juara-Juara menentang Lille, menjaringkan gol secara terus menerusi sepakan percuma dan Porto layak ke peringkat kumpulan menerusi kemenangan agregat 3−0.[37] Dia menjaringkan hatrik pertamanya untuk kelab itu ketika perlawanan pertama Porto dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, menang 6–0 di tempat sendiri ke atas BATE Borisov pada 17 September.[38] Dalam perlawanan Eropah seterusnya, penalti yang diambilnya diselamatkan Andriy Pyatov dimana perlawanan berakhir dengan keputusan seri menentang Shakhtar Donetsk.[39]

Rujukan

WikiPedia: Yacine_Brahimi http://123vivalalgerie.com/content.php?r=601&langu... http://www.bbc.com/sport/0/football/25285249 http://www.dzfoot.com/fiche-5748.php http://www.dzfoot.com/news-13118-verts-yacine-brah... http://fr.fifa.com/worldfootball/clubfootball/news... http://www.fifa.com/worldcup/players/player=366309... http://www.givemesport.com/488491-porto-sign-yacin... http://soccernet.espn.go.com/players/stats?id=1039... http://www.kingfut.com/2014/07/23/porto-sign-brahi... http://www.marca.com/2012/08/30/futbol/equipos/gra...